Kota Kinabalu, 18 Jan. - Malam ini Pasukan bawah 19 tahun kebangsaan akan turun utk kali ketiga dalam kempen Liga Perdana menentang Sabah di Stadium Likas jam 8.15. Menjaringkan 3 gol, melepaskan 3 gol dan ketinggalan gol dalam dua perlawanan terdahulu. Keadaan ini menggambarkan ada sesuatu yang perlu diperkemaskan walaupun mereka menunjukkan kemampuan untuk bangkit terutama ketika MP Muar mendahului 2-0.
Dalam kedua-dua perlawanan (lawan ATM dan MP Muar), Harimau Muda (HM) hanya menunjukkan rentak permainan sebenar hanya apabila ketinggalan. Mereka mula bermain bola pada 15 atau 10 minit terakhir, setelah 'memberikan' gol ala-ala budak sekolah kepada pihak lawan.
Tidak hairanlah jika Jurulatih Ong Kim Swee memberi amaran keras kepada para pemain muda ini.
"sudah 2 perlawanan mereka bermain dibawah keupayaan sebenar. Mereka mudah mengikut tempo permainan lawan, melakukan kesilapan mudah dan sering hilang fokus. Walaupun sering ingatkan mereka dengan corak permainan pantas dan beri tumpuan kepada permainan walaupun lawan bermain agak keras, tetapi mereka masih lalai. Akibatnya kita hampir tewas dalam 2 perlawanan."
Ketika bertemu MP Muar, walaupun menguasai perlawanan, HM seolah-olah kehilangan nafsu untuk menjaringkan gol. MP Muar yang diketuai oleh Zul Ihsan Yunus bijak menghukum HM melalui 2 tendangan dari luar kotak penalti. Setelah ketinggalan 2 gol dan kemasukan Saarvindran dan Zikri Elias, barulah nampak kerakusan untuk menjaringkan gol. HM hanya mengambil masa 5 minit untuk menyamakan kedudukan. Mereka terus melakukan asakan, namun wisel pengadil menentukan segalanya. HM hanya mampu membawa balik 1 mata.
Ong Kim Swee menambah
"saya dapati mereka masih bersikap rendah diri dan terlalu hormat kepada pemain-pemain lawan. Jika mereka bawa sikap inferiority complex ini dalam permainan bolasepak saya rasa mereka tidak akan ke mana. Saya mahu mereka fokus untuk menang kali ini, Kami tidak akan teragak-agak melakukan rombakan drastik dalam pasukan jika mereka masih bersikap sedemikian."
Kemungkinan besar Saarvindran (kanan) menjadi pertaruhan utama Harimau Muda untuk merobek gawang Sabah malam ini. Foto semasa latihan petang semalam, padang bersebelahan Stadium Likas.
Light training kat parking lot hotel penginapan, dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang kurang 'indah'

3 comments:
minta maaf off topic sikit,
saya baru terbaca berita mengenai HM A yg mana tidak layak bermain di Liga-S.
Persoalannya sekarang, kemanakah hala tuju pasukan ini? pemain-pemainnya?
adakah hanya akan bermain perlawanan persahabatan semata-mata?
boleh tolong perjelaskan hala tuju dan perancangan yg telah dibuat ke atas pasukan ini.
jika tiada perancangan dan hanya akan bermain perlawanan persahabatan sepanjang masa, lebih baik jujur saja.
tolong selamatkan Harimau Muda...
);
sayang seribu kali sayang.. sepatutnya skuad bawah 21 ni di dedahkan dengan perlawanan yang kompetatif, tapi kita hanya simpan untuk latihan.. kesian.. dah elok2 boleh main dalam liga super.. dilucutkan kelayakan.. akhirnya duk berlatih je la.. pastu main perlawanan persahabatan.. kalau sebulan dapat main berberapa game ja.. mcmana la nak bersaing dengan team lain yang dalam seminggu ada 3 game.. heh.. harap2 FAM ada perancangan yang lebih bijak untuk team ni..
Post a Comment