Sunday, February 28, 2010

Mencari Kombinasi

Bukit Jalil, 28 Feb. - Skuad 'mentah' Ong Kim Swee masih mencari-cari kombinasi pada setiap posisi untuk mengembalikan sentuhan dalam Liga Perdana. Walaupun Kekalahan 3-0 kepada T-Team jumaat lepas bukanlah ukuran, namun jentera serangan kelihatan kurang berfungsi begitu juga dengan pertahanan yang gugup.

Kehilangan Thamil Arasu, Wan Zack Haikal, Mohd Fandi, Fadhli Shas dan Gary Steven yang sebelum ini membentuk tulang belakang pasukan belum ada pengganti. Tambahan pula pemain yang agak berpengalaman seperti Nicholas Wee Shen Ming, Wan Zaharulnizam dan Khairul Izzuan belum pulih dari kecederaan.

Pemain-pemain baru walaupun mempunyai kebolehan namun memerlukan masa yang tidak sedikit untuk bermain sebagai satu pasukan. Ferris Daniel, Mohd Faris, Nursalam, Mohd Arif mahupun Syahrul Azwari memerlukan lebih dari setahun untuk matang dan mampu bermain sebagaimana pasukan asal Harimau Muda. Namun bagi jurulatih Harimau Muda beliau optimis dengan barisan pemain yang beliau pilih.

"walaupun mereka tidak pernah beraksi dalam Liga Perdana saya yakin pemain-pemain baru ini cepat belajar. Kami, pihak jurulatih hanya memerlukan komitmen penuh dari mereka, kami mencurah yang terbaik semasa latihan, mereka pula haruslah memberi yang terbaik semasa perlawanan."

Ong Kim Swee dan para pembantunya pernah mengalami keadaan yang sama semasa membentuk pasukan bawah 18 tahun. Sudah tentu mereka mempunyai ramuan yang terbaik untuk para pemain muda negara. Cuma apa yang peminat tanahair harapkankan ialah "yang dikejar kita dapat...yang dikendong tidak berciciran"
Wan Zaharulnizam belum pulih dari kecederaan lutut.

Nicholas Wee Shen Ming mengalami kecederaan lutut semasa menentang Sabah.

Mohd Irfan yang 'ditinggalkan' Azraai Khor diharap dapat membimbing rakan-rakannya yang lebih muda.

Skuad Harimau Muda sedang berlatih di Bukit Jalil - Ong Kim Swee perlu mula 'shopping' untuk memenuhkan kuota yang ditinggalkan 5 bekas pemain Harimau Muda ke Slovakia.

Ferris Daniel dan Saarvindran memerlukan masa untuk menyinar dalam Liga Perdana.

Mohd Amer diharap dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fadhli Shas.

Tewas 0-3 kepada T-Team dalam perlawanan persahabatan.

3 comments:

Saupz said...

good luck

aslam yusof said...

rilek anak2 harimau..u r the legacy of our future..u r still young and still have plenty of time to prove yourself..

Doctor Romario said...

Keep up the good work Super Tigers...sharpen up the combinations and formations.

Flexible 532 352 442 433 451 etc etc...this is the time experiment for the near future.


For the Game. For the World.